Friday, March 4, 2011

perlukah kaum adam berada di hati ini?

setelah lama menyendiri buatkan hidup aku aman untuk jalani kehidupan harian ini...
namun aku tidak pasti sampai bila aku perlu menyendiri tanpa kaum adam disisiku...
aku menjadi binggung untuk membuat keputusan dalam diri ini...aku tidak pasti perlukah seorang kaum adam berada disisi aku untuk hidup aku, tidak kira dalam kesusahan mahupun dalam kesenangan.. aku tidak pasti dengan semua apa yang aku lakukan sekarang...namun semua apa yang berlaku dalam kehidupan harian aku selama aku membesar membuatkan aku takut untuk fikirkan dengan perkara ini...sampaikan satu tahap aku perukan seorang teman yang betul-betul teman sejati untuk temankan aku untuk lakukan kehidupan harian aku ini...namun aku sedar bukan senang untuk jalani kehidupan pada masa kini..lebih-lebih lagi bila masalah sosial pada masa kini makin terlajak jauh...itulah masalah yang paling besar dalam hidup aku..
oleh kerana itu jugalah aku berasa takut bila berfikirkan perkara ini..namun aku berharap yang suatu hari nanti aku boleh terima kaum adam dalam hidup aku untuk membimbing aku kearah kebaikan lagi..aku berharap kaum adam di luar sana masih ada lagi yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi untuk membimbing kaum hawa...assalam....